ID Pengguna : 
Kata Laluan : 

: 03-2082 6166 / 6170
farrah.wahieda@mbsb.com.my / norazira@mbsb.com.my
Jumlah Pelawat
0 0 6 2 3 3 8

Skim Pembelian Rumah Pertama MBSB

30 Mac 2012 - MBSB menyediakan RM500 juta untuk "Skim Pembelian Rumah Pertama MBSB”.

Malaysia Building Society Berhad (MBSB) bercadang untuk mengagihkan RM500 juta dalam bentuk pinjaman sebagai kempen tahun ini iaitu, "Skim Pembelian Rumah Pertama MBSB” sebagaimana yang dilancarkan baru-baru ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBSB, Datuk Ahmad Zaini Othman berkata, jika sambutan terhadap skim pembelian rumah kali pertama ini adalah baik, MBSB akan mempunyai sasaran sebanyak RM1 bilion.

Beliau berkata skim ini telah direka untuk membolehkan rakyat Malaysia yang layak di bawah umur 35 tahun untuk membeli rumah pertama mereka dengan harga siling sebanyak RM500,000 dengan 100% pembiayaan pada margin, bersamaan dengan pengecualian bayaran pendahuluan sebanyak 10%.