ID Pengguna : 
Kata Laluan : 

: 03-2082 6166 / 6170
farrah.wahieda@mbsb.com.my / norazira@mbsb.com.my
Jumlah Pelawat
0 0 6 2 4 9 5

Kad MBSB Temanku

Kemudahan kad TemanKu

Kad TemanKu juga boleh bertindak sebagai kad pintar Touch ‘n Go yang digunakan dengan meluas di semua lebuhraya di Malaysia termasuklah pengangkutan awam di Lembah Klang, tempat letak kereta terpilih, kedai-kedai makanan dan serbaguna serta taman tema yang mengambil bahagian.

Klik DI SINI untuk melihat entiti yang mengambil bahagian.

Berkolaborasi dengan sistem kad elektronik pintar ini, kad TemanKu ini berfungsi bagi memudahkan perjalanan dengan menjimatkan masa ahlinya daripada beratur panjang dan meminimumkan penggunaan wang tunai.

Ahli Kelab TemanKu juga dapat menikmati ganjaran dan tawaran hebat melalui penggunaan kad TemanKu dengan menikmati isi nilai permulaan PERCUMA sebanyak RM50 (kecuali Sabah dan Sarawak). Dengan transaksi berfrekuensi tinggi, kad pintar serbaguna ini boleh ditambah nilai kandungan wang elektroniknya antara RM10 hingga RM500 di lokasi terpilih yang disediakan seperti di stesen minyak, pusat perkhidmatan pelanggan yang terdapat di sepanjang lebuhraya, stesen-stesen KTM dan LRT, kemudahan ATM / CDM di bank-bank yang mengambil bahagian serta agen-agen yang dilantik.

Klik DI SINI untuk maklumat mengenai agen tambah nilai.

Rebat 20%

Kerajaan Malaysia telah menaja Program Pelancongan Kerap kepada semua pengguna kad Touch ‘n Go di Malaysia yang menggunakan kad Touch ‘n Go bagi pembayaran tol di semua lebuhraya di Malaysia. Pengguna kad Touch ‘n Go layak mendapat rebat tol sebanyak 20% apabila menggunakan perkhidmatan Touch ‘n Go sekurang-kurangnya sebanyak 80 kali dalam jangka masa sebulan. Rebat 20% diberikan kepada pemegang kad yang layak dikira sebagai 20% daripada semua jumlah transaksi. Pemegang Kad boleh menebus rebat yang ditawarkan melalui kad tambah nilai pada semua 136 kaunter Touch ‘n Go yang disediakan.

Sila daftar DI SINI untuk melihat kelayakan rebat.

Untuk maklumat lanjut mengenai kad TemanKu sila hubungi Careline di talian 03-9056 2000 atau hantar emel ke careline@mbsbtemanku.com.my